Malam tadi aku mengantuk. Lalu aku tidurlah. Kerja masih belum disiapkan. Tapi disebabkan bagi menghormati rasa mengantuk, maka aku tidur. Wah, enak. Kemudian pada pukul 12.30 tengah malam aku dikejutkan oleh kekasih menyuruh aku sambung kerja. Wah, berat kepala ku amat! Boleh kata aku tak mampu nak membuka mata. Katanya, dia akan telefon 5 minit lagi sekiranya dia tak nampak aku online. Aku baring lagi, berat kepala masih tak hilang. Lalu, difikirkan tentang dia, aku online, tegur dia.
Bagus, katanya, budak baik.
Aku bangga.
Tapi kepala aku masih lagi berat nak mampus aku rasa bapak aku pun lagi ringan nak didukung. (okay, buat apa nak dukung bapak aku. metafor pelik. haha)
Kemudian, tiba-tiba, tanpa seru, aku kembali kepada sofa di dalam bilik belajar ini. Wah, nikmatnya. Terima kasih mak kerana letak sofabed dalam bilik study. Sangat berguna. Aku pun tertidur. Tiba-tiba, aku bangun. Aku tengok phone, ada misscall. Tengok jam pukul 2.30 pagi tepat. Aku tengok YM kekasih aku tegur. Tapi dia dah tidur. Aku tengok skype, skandal pun tegur. Eh, manade skandal. Bohong itu. Kemudian, tiba-tiba, aku rasa segar. Aku naik bilik, basuh muka. Selesai basuh muka, aku turun tangga. Agak gerun kerana seorang diri di malam-malam. Aku pijak tangga terakhir sambil menarik nafas lega selamat.