Malam tadi aku mengantuk. Lalu aku tidurlah. Kerja masih belum disiapkan. Tapi disebabkan bagi menghormati rasa mengantuk, maka aku tidur. Wah, enak. Kemudian pada pukul 12.30 tengah malam aku dikejutkan oleh kekasih menyuruh aku sambung kerja. Wah, berat kepala ku amat! Boleh kata aku tak mampu nak membuka mata. Katanya, dia akan telefon 5 minit lagi sekiranya dia tak nampak aku online. Aku baring lagi, berat kepala masih tak hilang. Lalu, difikirkan tentang dia, aku online, tegur dia.
Bagus, katanya, budak baik.
Aku bangga.
Tapi kepala aku masih lagi berat nak mampus aku rasa bapak aku pun lagi ringan nak didukung. (okay, buat apa nak dukung bapak aku. metafor pelik. haha)
Kemudian, tiba-tiba, tanpa seru, aku kembali kepada sofa di dalam bilik belajar ini. Wah, nikmatnya. Terima kasih mak kerana letak sofabed dalam bilik study. Sangat berguna. Aku pun tertidur. Tiba-tiba, aku bangun. Aku tengok phone, ada misscall. Tengok jam pukul 2.30 pagi tepat. Aku tengok YM kekasih aku tegur. Tapi dia dah tidur. Aku tengok skype, skandal pun tegur. Eh, manade skandal. Bohong itu. Kemudian, tiba-tiba, aku rasa segar. Aku naik bilik, basuh muka. Selesai basuh muka, aku turun tangga. Agak gerun kerana seorang diri di malam-malam. Aku pijak tangga terakhir sambil menarik nafas lega selamat.
Kemudian tiba-tiba, aku terdengar sesuatu. Seperti bunyi sesuatu yg kecil, melekit, melompat-lompat. Aku toleh ke arah pintu hadapan rumah. Wah, ada katak. HELLO!
okay, aku tipu. Itu bukan riaksi aku. I wish. haha. I was stunned. The frog was still jumping. (ni pehal English tetiba, jangan rojak boleh tak Aisyah). Then, aku pun terpaksa membuat keputusan drastik. Memilih antara membuka pintu dan membiarkan katak itu keluar. Atau, mumbuka pintu bilik study dan buat bodoh je. Katak tu macam innocent je lompat-lompat dalam rumah orang tak rasa bersalah langsung. Sungguh nakal macam budak kecil.
Kemudian, tiba-tiba aku teringat akan memori lama aku ketika kecil, membuka pintu malam-malam dan merasa sejuk di kaki. Rupanya ada seekor katak yang merasa kaki aku ni macam bantal bapak dia nak landing-landing. Ketika itu aku masih berumur 11 tahun mungkin, masih kecil, pendek kurus serta suci. Aku terkejut berok lalu terus melompat atas kereta MPV mak aku bagaikan ninja. Tipu. Aku lagi hebat dari ninja. Ninja lame setakat lompat dinding, aku lompat kereta lagi hebat. (Tapi sila jangan reveal kereta itu tak bergerak, nanti para ninja kata aku poyo. peer pressure ni)
oh, lapar gila. Oh noes lapar gila. Nasi beriyani arab tadi tak cukup ke? aduh. Penipuan.
Ok, sambung cerita. Kemudian, setelah sempat mengelamun beberapa saat, aku ambil keputusan untuk masuk bilik study cepat-cepat dan buat tak tahu. Sebab pertama ialah, aku takut perkara yang sama berulang lagi. Kedua, aku takut tu katak beracun nanti dia kencing kat aku, aku jadi cacat. Ketiga, aku takut sebab kalau katak boleh masuk rumah, binatang lain pun apa lagi? Tapi, aku berharap sangat-sangat yang kedua dan ketiga itu tak berlaku.
Sekarang aku amat dahaga dan lapar nak mampos tapi takut nak pegi dapur. T_T
Nanti katak tu tegur aku, takut. Aku tak reti bersosial dengan katak. Nanti dia mintak cium. Ewww, dia ingat aku ni kissing booth ke apa?
Aisyah, kamu sewel.
But it’s ok, sewel is “in”. And yeah frogs are icky. The bigger ones especially. Eurgh.
haha ni takdelah sewel mana, hoho.
Entri random. Hahaha, Kiss saja katak tersebut, mana bertukar menjadi putera raja.
oh tak. takkan. tak mungkin. tak mungkin.
i hate frogs. fobia gila.
sep!
I used to be very afraid of frogs. But ever since I joined the rugby team, I learn to pick up frogs and relocate them because I did not want the team to step on them while during our training. It is still icky, nevertheless.
kesian katak tak disukai ramai.
crazy frog cute ape
……. you taip post nie waktu mengantuk ke ecah? haha, banyak sangat merapu nie.. hahaha, tapi lucu gak..
last week ade 2 ekor katak masuk rumah i…dan kat tingkat atas. bukan tingkat bawah..terus i masuk bilik and cover lubang bawah pintu tu…
katak sangat menggelikan..adoiii..
ps : seronok baca u tulis in bm..huhu
HAHAHAHA. mula2 i chill lg baca u tulis dlm bm
then u bg 2nd reason y ignored the katak i gelak manja hahaha
bodoh la kau katak kencing smpi cacat
ko pasti ke itu katak?
bukan jelmaan? thehehe
aisey.. nampak katak sempat lagi flashback..
mesti scene tu katak melompat dalam slow motion pahtu zass..
flashback.
No more updates? 🙂
nice. u have talents! and writing is one of them. Bravo!