Ada orang, bertahun-tahun kahwin tapi belum dapat anak. Teringin sangat-sangat. Tapi rezeki hartanya, MashaAllah!
Ada orang, anaknya ramai, tapi hartanya kurang sedikit. Harta cukup-cukup kalau tidak kurang. Anaknya baik-baik, rajin belajar.
Ada orang, hartanya mewah. Dapat anak beberapa, tapi ada yang tidak sempurna. Ada yang downsyndrome, autistic, berpenyakit kronik. Hari-hari sungguh mencabar, kesabaran sangatlah tinggi.
Ada orang, kahwin muda, dapat anak comel-comel, sempurna. Suami baik. Kewangan ok. Tapi ibu pula konflik kerana kurang matang untuk menjadi ibu sehinga anak-anak menjadi mangsa amarah dan sedih ibu. Nak kejar ‘freedom’, nak kejar karier.
Ada orang, isterinya cantik, anak2 comel sempurna, masalah kewangan pun tak ada tapi suami pula bermain kayu tiga.
Ada orang, suami-isteri loving. Anak comel-comel. Rezeki duit mencurah-curah. Sempurna semua. Tapi keluarga berpecah-belah.
Nampak tak point disini?
Point saya, belajar bersyukur. Jangan tengok apa yang kita tak ada, tengok apa yang kita ada.
Sesuatu yang masih saya belajar. At 26, I have 2 beautiful children that I feel grateful for, but it’s not easy to beat the demon inside of me. The demon that longs for freedom and chasing worldly matters. To beat the demon that thinks my kids are obstacles to my life and dreams. One fine day, I will beat that demon but for now, I will keep fighting.
How? By being grateful. Everyday.